General

Peningkatan kes Covid-19 di Pulau Pinang: Walaupun kadar penggunaan katil hospital dan katil ICU Covid-19 di Pulau Pinang masih di tahap terkawal, kerajaan persekutuan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia perlu bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan

Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

13 FEBRUARI 2022 | BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Pulau Pinang sepertimana tren kebangsaan kini menghadapi peningkatan dalam kes Covid-19. Namun, 99.6% kes Covid-19 di Pulau Pinang merupakan kes kategori 1 & 2 iaitu, sama ada tidak bergejala ataupun bergejala ringan. (Data setakat 12 Februari 2022)

Saya telah menghubungi pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) untuk mengesahkan bahawa kadar penggunaan katil ICU Covid-19 di Pulau Pinang masih berada di tahap yang terkawal iaitu lebih kurang 19%.

Pihak JKNPP juga mengesahkan bahawa kapasiti tambahan boleh digerakkan jika perlu bagi menampung sebarang peningkatan kes seterusnya.

Saya menyeru Kementerian Kesihatan Malaysia memantau keadaan peningkatan kes Covid-19, dan mengambil pendekatan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Jangan mengulangi kesilapan terdahulu apabila kelewatan menyediakan kemudahan kesihatan tambahan seperti katil ICU menyebabkan kehilangan nyawa.

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Penyelaras pengurusan Covid-19 Pulau Pinang antara kerajaan negeri-persekutuan

Leave a comment