Bahasa Malaysia, Featured, General, Govt, Politics

PRESS: Bebaskan Ahmad Abdul Jalil serta merta

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang berasa kesal atas tindakan polis dalam mengendalikan kes Ahmad Abdul Jalil, seorang juruukur bahan (quantity surveyor) berumur 27 tahun yang sehingga kini telah ditahan oleh polis selama 5 hari atas dakwaan menghina Sultan Johor.

Dalam kes tersebut, pihak polis antara lain;

1) Gagal melaksanakan tugas dengan profesional serta melanggar Kanun Prosedur Jenayah Malaysia kerana sehingga kini tidak dapat menerangkan atas kesalahan apa Ahmad telah ditahan.

2) Gagal mematuhi hak asasi manusia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia kerana telah menafikan komunikasi Ahmad dengan peguam beliau sehingga kini.

3) Gagal memberi justifikasi mengapa perlunya Ahmad dibawa dari balai polis Wangsu Maju ke balai polis di Johor walaupun kesalahan didakwa berlaku di Kuala Lumpur di mana pihak polis telah memeriksa dan menyita peralatan komputer di rumah beliau di Kuala Lumpur.

4) Gagal mematuhi arahan Majistret Johor untuk membebaskan Ahmad dan sehingga kini terus menahan beliau.

Pihak polis perlu tegas melaksanakan tugas mereka untuk menjaga keamanan awam berlandaskan undang-undang serta perikemanusian walaupun terhadap mereka yang bersalah, ini sedangkan seorang pemuda yang tidak disabitkan kesalahan.

Daripada cara pengendalian kes yang tidak profesional dan gagal mematuhi kerangka undang-undang sedia-ada, DAPSY Pulau Pinang tidak menafikan mungkin wujudnya unsur aniaya terhadap Ahmad Abdul Jalil oleh pihak-pihak tertentu. Justeru, kami menuntut supaya Ahmad Abdul Jalil dibebaskan serta merta kepada keluarga beliau dan Menteri Dalam Negeri memberikan penjelasan sepenuhnya kepada orang awam terhadap isu ini.

Steven Sim Chee Keong
Setiausaha Publisiti
DAPSY Pulau Pinang

3 thoughts on “PRESS: Bebaskan Ahmad Abdul Jalil serta merta”

Leave a comment