Bahasa Malaysia, Community, Economy, General, Govt, Politics

PRESS: Press Biaya dasar kebajikan rakyat melalui dividen anti-rasuah bukan melalui GST

Chinese version here

Kenyataan Media 

180513 | Bukit Mertajam

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala, perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax – GST) akan meningkat pendapatan negara sehingga RM 27 billion. Beliau juga berkata bahawa ini adalah demi untuk melaksanakan janji-janji Barisan National semasa pilihan raya umum ke-13.

Saya di sini membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan GST oleh kerajaan pusat terutamanya apabila cukai baru ini adalah untuk membiayai agenda politik Barisan Nasional. Dalam keadaan 40% isi rumah di Malaysia berpendapatan RM 1,500 ke bawah dan 60% isi rumah berpendapatan RM 3,000 ke bawah, pengenalan GST sudah tentu akan membebankan seluruh rakyat khususnya golongan bawah dan golongan berpendapatan sederhana, iaitu lebih kurang 90% rakyat Malaysia.

GST ini akan mengurangkan kuasa pembelian rakyat dan menyebabkan rakyat golongan bawah terus dipinggirkan daripada pasaran. Walaupun ada yang menyatakan GST hanya akan dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu, namun pelaksanaannya sudah tentu akan mendatangkan kesan riak (ripple effect) ke atas seluruh pasaran.

Sistem cukai pada masa kini hanya mengenakan cukai kepada mereka yang berpendapat lebih daripada RM 2500 sebulan dan cukai-cukai daripada syarikat-syarikat yang mendapat keuntungan. Dengan mengenakan cukai ke atas penggunaan (“consumption”), kerajaan pusat secara prinsipnya bertindak menghukum rakyat, pertama, golongan bawah dihukum kerana terpaksa berbelanja demi kehidupan, kedua, golongan berpendapatan sederhana dihukum kerana terpaksa membayar sekurang-kurangnya DUA (2) jenis cukai, iaitu cukai pendapatan dan GST, dan ketiga, golongan peniaga dihukum kerana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akan menjejaskan permintaan dalam pasaran.

Jika Barisan Nasional benar-benar ingin memenuhi aspirasi rakyat, saya menasihatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Menteri Idris Jala supaya salin bulat-bulat dasar-dasar yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat. Manifesto Pakatan Rakyat tidak perlu dibiayai oleh GST, tetapi pendapatan negara ditingkatkan melalui urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) seperti di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Pada tahun 2008, Ketua Audit Negara telah melaporkan bahawa Malaysia kerugian RM 28 billion setahun kerana kepincangan dalam pengurusan kerajaan. Jika berjaya menutup segala kebocoran di peringkat kerajaan pusat, maka “dividen anti-rasuah” tersebut sudah melebihi pendapatan yang dijangka akan dikutip melalui GST.

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen, Bukit Mertajam
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan, DAPSY

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

Comments are closed.

%d bloggers like this: