General, Govt

Pertanyaan parlimen oleh Bukit Mertajam (P.045) – Penggal 1 Parlimen ke-13

Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan:

1. Sim Chee Keong minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan status dan perkembangan Parlimen Belia Malaysia seperti handsard sidang pertama, adakah usul yang diluluskan dalam Parlimen Belia akan dibawa ke Kabinet untuk perlaksanaan dan program seterusnya.

2. Sim Chee Keong minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan statistik anak muda yang menggangur mengikut pecahan negeri, lulusan pendidikan, kaum dan jantina dalam jangka masa 10 tahun dari 2002-2012 serta apa rancangan kerajaan dalam menanangani masalah ini.

3. Sim Chee Keong meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan merancang untuk mengubal undang-undang untuk melarang perkahwinan kanak-kanak (child marriages) selaras dengan kewajiban kerajaan di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW). Jika ya, bila dan jika tidak, mengapa?

4. Sim Chee Keong minta Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi menjelaskan program satu pelajar satu sukan, termasuk peruntukkan tahunan serta senarai sekolah-sekolah mengikut negeri yang tiada padang sukan sendiri. Apa rancangan kerajaan untuk sekolah-sekolah ini seperti SRJKT Kampung Baru, SRJKT Ladang Alma, SRJKC Keow Kuang, SRJKC Sin Ya di Bukit Mertajam.

5. Sim Chee Keong minta Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi memberi penjelasan mengapa projek pembinaan bangunan baru di SRJKC Permatang Tinggi masih gagal dilaksanakan walaupun selepas sekian lama dan bilakah projek ini akan dilaksanakan demi keselesaan para pelajar dan guru-guru sekolah?

6. Sim Chee Keong  minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan akan melaksanakan 22 saranan Transparency International-Malaysia (TI-M) dalam memorandum “Reform of Political Financing in Malaysia” oleh TI-M. Jika ya, bila dan jika tidak, mengapa?

7. Sim Chee Keong minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bila kerajaan persekutuan akan menunaikan janji mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan selepas Konfrontasi Indonesia yang dijanjikan bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman terutama kini apabila kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang menuntut untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

8. Sim Chee Keong minta Menteri Kewangan menyatakan maklumbalas terhadap permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membayar RM 10 juta setahun kepada Rapid Penang untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma pada waktu puncak bagi mengatasi masalah kesesakan di negeri tersebut. Jika diterima, bila perlaksanaan dan jika tidak, mengapa?

9. Sim Chee Keong minta Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci, termasuk kadar, tarikh perlaksanaan dan senarai pengecualian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan persekutuan.

10. Sim Chee Keong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan beberapa kes kematian dalam tahanan, dan ditembak mati semasa tangkapan mengikut pecahan negeri, kaum, umur dan jantina setiap tahun dari 2002-Mei 2013 dan statistik aduan terhadap PDRM mengikut jenis aduan dari tahun 2008-Mei 2013 serta tindakan yang diambil.

Pertanyaan-pertanyaan untuk jawab bertulis:

1. Sim Chee Keong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pecahan peruntukan tahunan untuk PDRM mengikut jenis perbelanjaan dalam tempoh 10 tahun 2002-2012. Sila nyatakan juga jumlah anggota polis mengikut pecahan kaum, gender, pangkat, negeri dan jabatan pada masa kini.

2. Sim Chee Keong minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan beberapa jumlah pemohonan untuk Skim Rumah Pertamaku (My First Home Scheme) dari perlancaran sehingga kini mengikut pecahan negeri, kaum, lingkungan umur, jantina serta permohonan yang berjaya mengikut pecahan yang sama.

3. Sim Chee Keong minta Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi menyatakan jumlah peruntukan tahunan dan jenis peruntukkan yang telah disalurkan kepada sekolah agama rakyat mengikut pecahan negeri dalam tempoh 10 tahun dari 2002-2012.

4. Sim Chee Keong minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan statistik keganasan rumah tangga mengikut pecahan negeri, lingkungan umur dan kaum mangsa serta berapakah kes yang berjaya disabitkan kesalahan antara tahun 2010-2012.

5. Sim Chee Keong minta Perdana Menteri menyatakan pecahan gaji, elaun dan tuntutan kewangan yang diterima oleh setiap Menteri dan Timbalan Menteri sejak Mei 2013 sehingga kini.

Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam (P.045)

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

Comments are closed.

%d bloggers like this: