Bahasa Malaysia, General, Govt, Politics

PRESS: Ahmad Zahid Hamidi pernah jadi mangsa undang-undang zalim, justeru patut hentikan penggunaan undang-undang zalim ke atas orang lain

Kenyataan akhbar

27052013 | Bukit Mertajam

Saya menggesa Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri yang baru supaya segera berhenti menzalimi rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat. Sehingga kini, belum 10 hari beliau dilantik sebagai  Menteri Dalam Negeri, sudah enam (6) pemimpin Pakatan Rakyat yang telah diheret ke mahkamah di bawah Akta Perhimpunan Aman. Mereka ialah Nik Nazmi Nik Ahmad, Ong Eu Leong, Thomas Su, Mohammad Anuar Zakaria, Nazree Yunus dan R Yuneswaran.

Apabila Akta Perhimpunan Aman ini digubal pada tahun 2011, walaupun ditentang oleh Pakatan Rakyat dan masyarakat sivil, Perdana Menteri Najib Razak mewar-warkan akta ini sebagai antara pembaharuan demokrasi kerajaan beliau yang kononnya mengantikan seksyen 27 Akta Polis 1967. Nampaknya kegusaran rakyat Malaysia terbukti benar, Akta Perhimpunan Awam ini adalah umpama keluar mulut harimau masuk mulut buaya. Akta ini telah digunakan oleh kerajaan Najib Razak untuk membisukan rakyat Malaysia daripada menyuarakan pendapat mereka.

Ahmad Zahid Hamidi sendiri pernah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1998 hanya kerana mengkritik Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri pada masa itu. Justeru beliau kini tidak patut menjadi penindas sedangkan beliau pernah menjadi mangsa penindasan undang-undang zalim. 

51% rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu berbanding 47% mengundi Barisan Nasional menunjukkan bahawa majoriti rakyat Malaysia inginkan negara yang betul-betul demokrasi bukan negara kuku besi. Saya menyeru Ahmad Zahid Hamidi mengimbas kembali detik-detik beliau menjadi mangsa undang-undang zalim ISA dahulu, dan hentikan penggunaan undang-undang zalim ke atas orang lain. 

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAPSY

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

Comments are closed.

%d bloggers like this: