Bahasa Malaysia, Community, Economy, Featured, Gender, General, Govt, Politics

PRESS: BN patut menghormati Gelombang Ibu dan Tsunami Rakyat, laksana Manifesto PR

Kenyataan media

120513 | Bukit Mertajam

Mom Day 2013Saya mengambil peluang ini mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada para ibu di Malaysia. Dahulunya, ramai yang kata wanita terutamanya para ibu hanya boleh duduk di rumah menjaga anak. Tapi pada hari ini kita sedar bahawa para ibu merupakan satu penjana kesejahteraan sosial yang penting. 

Pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, kita telah menyaksikan “Gelombang Ibu” mengegarkan arena politik, melalui pergerakan massa seperti Mama Bersih, anti-Lynas, Wanita Suara Perubahan dll. Kasih ibu terbukti menjangkaui pintu rumah.

Walaupun Pakatan Rakyat (PR) masih belum berjaya mentadbir kerajaan pusat, namun sokongan rakyat Malaysia terhadap PR yang lebih besar melalui undi popular sebanyak 51% menunjukkan rakyat bersetuju dan ingin melihat dasar-dasar PR dilaksanakan.

Justeru, saya menyeru kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak agar menerapkan Manifesto PR terutamanya dasar-dasar pengupayaan wanita seperti caruman wanita RM600 setahun kepada suri rumahtangga yang layak. Jika Perdana Menteri ikhlas untuk mengembalikan keharmonian selepas kempen PRU13 yang begitu sengit, beliau patut mengenepikan perbezaan politik dan menerima Manifesto PR yang mendapat sokongan padu Gelombang Ibu dan Tsunami Rakyat.

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan, DAPSY

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

Comments are closed.

%d bloggers like this: