Bahasa Malaysia, Community, Featured, General, Govt

PRESS: Ops Bersih – 10 hari sebelum CNY 2013

010213 | Bukit Mertajam

Ops Bersih – 10 hari sebelum Tahun Baru Cina

Ops bersihSempena perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Feb, saya dengan ahli majlis Sdri Tan Xin Ying bersama-sama dengan MPSP akan melaksanakan Ops Bersih di seluruh Bukit Mertajam dari 31 Jan – 9 Feb 2013.

Objektif Ops Bersih ini adalah untuk memastikan Bukit Mertajam berada dalam keadaan bersih dan untuk menghadapi pertambahan sampah akibat “spring cleaning” oleh penduduk terutamanya kaum tiong hua.

Ops Bersih ini akan menumpukan perhatian dan tenaga kerja pasukan MPSP kepada 4 bahagian utama:
1) Jalan-jalan utama dan kawasan-kawasan utama seperti padang dan tempat awam
2) Longkang-longkang dan parit
3) Sampah haram
4) Sampah pukal – di mana MPSP akan mengadakan kutipan khas sebelum Tahun Baru Cina

Ops Bersih ini mampu dilaksanakan kerana MPSP pada tahun lalu telah menambahkan pekerja pembersihan seramai 1,000 orang. Kami bukan sahaja mampu mengurangkan kos kerana 60% kerja-kerja pembersihan dilakukan sendiri oleh MPSP, malah kecekapan MPSP pun bertambah. Jika Ops Bersih kali in berjaya, kami akan merancang Ops Bersih 2, 3 dan seterusnya semasa perayaan besar yang lain.

Saya di sini ingin menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan budaya 3R – reduce, reuse and recycle. Sampah di Seberang Perai mencapai 1,000 tan sehari. Ini bersamaan dengan berat 5 biji Boeing 747. Keadaan ini tidak boleh berlanjutan dan sistem sedia ada walaupun hebat tidak akan mampu mengendalikan sampah yang dihasilkan. Justeru saya berharap semua penduduk Seberang Perai bermula dari Bukit Mertajam akan memainkan tanggungjawab masing-masing mengurangkan sampah yang dihasilkan.

Steven Sim Chee Keong
Ahli Majlis MPSP

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

Comments are closed.

%d bloggers like this: