Bahasa Malaysia, Community, Featured, General, Govt

PRESS: Jadual pembersihan sisa-sisa pukal tambahan MPSP sempena Tahun Baru Cina 2013

Versi Bahasa Cina di sini.

Kenyataan Media

290113 | Bukit Mertajam

Seperti yang dimaklumkan pada Jumaat lalu, jadual pembersihan sisa-sisa pukal tambahan sempena Tahun Baru Cina 2013 bagi seluruh kawasan Seberang Perai telah dikeluarkan oleh MPSP pada minggu ini.

Sisa-sisa pukal adalah termasuk perabot lama, sampah kebun (dahan pokok, daun-daun, rumput), perkakasan rumah dan lain-lain sampah yang bersaiz besar. Kutipan tambahan sempena Tahun Baru Cina ini dilaksanakan buat pertama kali oleh MPSP dan ia dilaksanakan berdasarkan pengalaman lepas di mana jumlah sampah pukal  meningkat menjelang musim perayaan. Sisa-sisa pukal ini boleh diletakkan di hadapan rumah dan tidak perlu dibawa ke tong sampah umum bagi menggelakkan keadaan tong sampah umum berlimpahan sampah.

Kutipan tambahan ini akan dilaksanakan pada musim perayaan besar yang lain jika perlu.

Jadual pembersihan sisa-sisa pukal tambahan adalah seperti yang dilampirkan di bawah.

Kutipan sampah pukal akan dilaksanakan di semua kawasan Parlimen pada 6, 7 dan 8 Februari (sila rujuk jadual). Kutipan akan berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Jika pembersihan tidak sempat disiapkan pada tarikh-tarikh tersebut maka pembersihan diteruskan pada 9 Februari.

Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa ini merupakan kutipan tambahan bagi sisa-sisa pukal. Kutipan biasa sisa-sisa pukal pada setiap hari Selasa di seluruh Seberang Perai akan berlangsung seperti biasa. Manakala kutipan sisa-sisa domestik (sampah biasa) juga akan mengikut jadual biasa.

Justeru, saya ingin menasihatkan orang ramai supaya 1) mengenalpasti tarikh-tarikh kutipan biasa dan kutipan tambahan supaya sisa-sisa pukal boleh diletakkan di luar rumah semasa tarikh kutipan. 2) mengamalkan sikap kesederhanaan dan menggalakkan tabiat mengurangkan sampah – jika boleh jangan dibuang begitu sahaja perabot dan perkakasan lama. Amalkan budaya kitar-semula. 3) Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada pegawai yang bertugas di kawasan masing-masing ataupun kepada Ahli-ahli Majlis.

Selamat menyambut perayaan Tahun Baru Cina kepada semua warga Tiong Hua dan selamat bercuti kepada yang lain.

Steven Sim
Ahli Majlis
Majlis Perbandaran Seberang Perai

BIL

PARLIMEN

DUN

TARIKH KUTIPAN

NAMA PIC & NO.TEL

1 KEPALA BATAS PINANG TUNGGAL

BERTAM

PENAGA

6/2/2013

7/2/2013

8/2/2013

ALIFF ASYRAF B ABD HAMID (0124899758)

MOHD TAHIR B OTHMAN (0124740526)

BACKUP PINANG TUNGGAL

BERTAM

PENAGA

9/2/2013
2 TASEK GELUGOR PMTG BERANGAN

SUNGAI DUA

TELUK AIR TAWAR

6/2/2013

7/2/2013

8/2/2013

MOHD YUSRAN B MOHD YUNUS (0195729556)

SABRI B SIDEK (0124740535)

BACKUP PMTG BERANGAN

SUNGAI DUA

TELUK AIR TAWAR

9/2/2013
3 BAGAN SUNGAI PUYU

BAGAN JERMAL

BAGAN DALAM

6/2/2013

7/2/2013

8/2/2013

ABDUL WAHAB B JAAFAR (0124740540)

ZAINI BT ABDUL RASHID (0194506946)

BACKUP SUNGAI PUYU

BAGAN JERMAL

BAGAN DALAM

9/2/2013
4 PMTG PAUH PMTG PASIR

SEBERANG JAYA

PENANTI

6/2/2013

7/2/2013

8/2/2013

MOHD NORAZIZUL B SHAHABDIN (0133041331)

MOHD AZHAR B BAKAR (0124740507)

BACKUP PMTG PASIR

SEBERANG JAYA

PENANTI

9/2/2013
5 BUKIT MERTAJAM BERAPIT

PADANG LALANG

MACHANG BUBOK

6/2/2013

7/2/2013

8/2/2013

NORSHAHADA BT RAMLI (0132648642)

GHUZAIMI B HARUN (0175962827)

BACKUP BERAPIT

PADANG LALANG

MACHANG BUBOK

9/2/2013
6 BATU KAWAN PERAI

BUKIT TENGAH

BUKIT TAMBUN

6/2/2013

7/2/2013

8/2/2013

KHIF NOOR,B. MOHD KHALID (0124205040)

MOHD AWALLUDIN B MOHD MUSTAFA (0124677354)

BACKUP PERAI

BUKIT TENGAH

BUKIT TAMBUN

9/2/2013
7 NIBONG TEBAL JAWI

SUNGAI BAKAP

SUNGAI ACHEH

6/2/2013

7/2/2013

8/2/2013

EBRAMSAH B V.S.S ABDUL (0164810511)

SUNDRAM A/L VENGADESON (0194247689)

BACKUP JAWI

SUNGAI BAKAP

SUNGAI ACHEH

9/2/2013

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pingback: PRESS: 2013年华人新春期间大型固体垃圾增收时间表 « Steven Sim - January 29, 2013

%d bloggers like this: