Bahasa Malaysia, Community, Featured, General, Govt

PRESS: Larian Hijau MPSP penyertaan 21km hampir penuh

Chinese translation here.

230712| Bukit Mertajam

Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa setakat ini, kita telah mempunyai 400 peserta untuk kategori separuh marathon 21 km. Target kita ialah 500 orang. Setakat ini 20% terdiri daripada wanita.

Bagi kategori fun run, penyertaan setakat ini ialah lebih kurang 100 orang. Kami menjangka angka ini akan meningkat untuk mencapai sasaran 500 orang peserta menjelang bulan Ogos kerana sekretariat telah mendapat banyak pertanyaan.

Saya juga ingin mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada pihak penaja yang tampil memberikan sokongan mereka. Pada hari ini, Syarikat Wah Lee telah memberikan tajaan sejumlah lebih kurang RM15,000 sebagai hadiah cabutan bertuah. Ini sudah tentu akan memeriahkan lagi acara Larian Hijaun MPSP yang julung kali ini.

Untuk makluman, sekretariat masih lagi memproses permohonan penajaan oleh organisasi yang lain dan pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat. Ini merupakan peluang Seberang Perai menonjolkan keindahan kawasan kita selain potensi menjadi destinasi sukan pelancongan serantau.

Saya juga ingin mengumumkan bahawa saya sendiri akan mengambil bahagian dalam acara 21 km sebagai galakkan kepada orang awam untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Saya akan mengalakkan Ahli Majlis dan pegawai MPSP yang lain untuk mengambil bahagian, sekurang-kurangnya untuk acara 3km.

Steven Sim
Ahli Majlis MPSP
012 5907 507

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

One thought on “PRESS: Larian Hijau MPSP penyertaan 21km hampir penuh

  1. I had registered for 21km run and see you guys there.
    Hopefully, next year, will have 42km too…I sure join.

    Posted by Benny | July 30, 2012, 6:01 am
%d bloggers like this: