Bahasa Malaysia, Community, Featured, General, Govt, Politics

PRESS: Program pemeriksaan percuma “Cleaner Greener Healthier Penang” di Taman Machang Bubok

*Chinese translation here

This is the second year I am organising a series of community healthcheck programme under the “Cleaner Greener Healthier” Penang theme. The first one this year will be held in Taman Machang Bubok on 17 Jun, 10am-1pm. Below is a short press release on the programme.

Ahli Majlis Steven Sim sekali lagi akan menjalankan program pemeriksaan kesihatan “Cleaner Greener Healthier Penang” pada tahun ini. Program khidmat komuniti ini telah berjaya dianjurkan di beberapa kawasan di Bukit Mertajam tahun lepas, termasuk Kampung Baru, Machang Bubok, Permatang Tinggi dan Alma.

Pada tahun ini, program pemeriksaan kesihatan “Cleaner Greener Healthier Penang” yang pertama akan diadakan dengan kerjasama JKKK Taman Machang Bubok seperti berikut:

Tarikh: 17 Jun 2012 (Ahad)
Masa: 10am – 1pm
Tempat: Depan Pasar Taman Machang Bubok

Program ini bertujuan untuk membawa kesedaran pentingnya penjagaan kesihatan kepada masyarakat setempat. Sim berkata bahawa, antara pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan termasuk pemeriksaan glukos darah, pemeriksaan tekanan darah, body mass index (BMI), taklimat pemeriksaan kendiri payu dara untuk kaum perempuan. Sim juga berkata program di Taman Machang Bubok ini akan ditambahkan dengan satu pemeriksaan baru iaitu pemeriksaan Hepatitis B. Semua pemeriksaan yang ditawarkan adalah percuma.

Pengerusi JKKK Taman Machang Bubok, Bay Siong Hee menyeru agar masyarakat setempat akan berkunjung ke program ini dan mengambil peluang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan asas ini. Beliau juga berkata JKKK Taman Machang Bubok mengucapkan terima kasih kepada Ahli Majlis Steven Sim dan MPSP kerana ini merupakan tahun ke-2 program ini dilaksanakan di kawasan Taman Machang Bubok.

About stevensim

www.about.me/stevensim
%d bloggers like this: