Bahasa Malaysia, Community, Featured, General, Govt

PRESS: Larian Hijau MPSP, produk perlancongan eko-sukan terbaru di Pulau Pinang

This is my statement to the press at the launch of the MPSP Larian Hijau 2012. This is a half marathon event designed to be the latest eco-sports tourism in Penang. More details and registration form can be assessed here.

I am proud to say this is a no-frills run designed by runners for runners. It is unique in that half of the route will pass through scenic areas with greenery, traditional kampong (villages) and paddy fields. Come, submit your entry form now!

Check out the event’s facebook page.

——————————-

Chinese version here

230512 | Bukit Mertajam

1) Larian Hijau MPSP ini merupakan acara separuh marathon (half marathon) yang bertujuan memperkenalkan Seberang Perai kepada peminat-peminat sukan marathon. Ini merupakan usaha MPSP mencipta satu produk baru perlancongan eko sukan (eco-sports tourism) yang mampu meletakkan Seberang Perai di atas peta dan kalender sukan serantau.

2) Larian ini unik kerana lebih separuh daripada laluan 21km tersebut melalui sawah padi, kampung-kampung traditional dan kawasan-kawasan hijau. Peminat-peminat sukan marathon akan berpeluang menikmati keindahan alam semulajadi Seberang Perai di samping mencuba cabaran larian 21 km ini.

3) Seberang Perai dalam usaha mencapai sasaran kerajaan negeri Pulau Pinang menjadi bandaraya antarabangsa akan terus memfokus kepada kelebihan dan keunikan kita, termasuk aspek-aspek semulajadi. Pembangunan di Seberang Perai akan mengutamakan kelestarian (sustainability) dan kehijauan. Contohnya, di Bukit Mertajam, Bukit DO telah diwartakan sebagai taman rekreasi.

4) Dari segi perancangan pembangunan, saya telah membangkitkan dalam Jawatankuasa Pusat Setempat (OCS) bahawa interpretasi dasar perancangan mestilah, 1) berpihak kepada komuniti dan 2) menjurus ke arah Pulau Pinang yang Bersih, Hijau (Cleaner, Greener Penang). Justeru, saya berharap pihak pemaju akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjadikan Seberang Perai sebuah bandar lestari.

5) Akhirnya, kami mengalu-alukan syarikat-syarikat korporat untuk tampil menjayakan Larian Hijau MPSP dengan tajaan dan penyertaan berkumpulan. Hubungi Kelab Pengembara Pulau Pinang untuk maklumat lanjut.

About stevensim

www.about.me/stevensim
%d bloggers like this: