Bahasa Malaysia, Community, Featured, Gender, General, Govt, Mind

NEWS: Duta Wanita Hijau LA21 diberi pengenalan keadilan gender

*Chinese version here

Dalam program Bengkel Duta Wanita Hijau LA21 anjuran Ahli Majlis Tan Xin Ying, peserta-peserta diberi pengenalan kepada konsep keadilan gender bagi membolehkan mereka menjadi pemimpin komuniti yang lebih menyeluruh.

Speaker, Steven Sim memulakan sesi dengan analisa konsep jantina dan gender untuk menjelaskan faktor-faktor berlakunya diskriminasi gender. Beliau menjelaskan bahawa gender sebenarnya merupakan konstruksi sosial yang dibentuk oleh budaya dan pengalaman masyarakat. Justeru banyak pandangan umum terhadap wanita perlu diubah. Contohnya wanita tidak sesuai menjadi pemimpin ataupun tidak sesuai untuk menjadi pembuat keputusan kerana terlalu beremosi.

Sim mengakhiri sesi beliau dengan beberapa soalan untuk renungan para peserta:

1) wanita merupakan 50% daripada jumlah penduduk di Malaysia, tetapi perwakilan di Parliamen hanya 10%,

2) Dasar pembangunan kerajaan mesti mengambilkira keperluan wanita-contohnya wang berjuta ringgit dibelanjakan untuk membina pasukan bola sepak tetapi pusat jagaan kanak-kanak tidak disediakan,

3) Dasar ekonomi negara tidak mengiktirafkan sumbangan ibu dan suri rumahtangga – kerajaan pusat patut mewajibkan KWSP dan SOCSO terutama kepada suri rumahtangga dari keluarga berpendapatan rendah

4) Dasar sosial kerajaan pusat tidak memihak kepada wanita, contohnya kes rogol kian meningkat. Pada 2009, purata 11 orang wanita menjadi mangsa rogol setiap hari tetapi beratus juta ringgit dibelanjakan untuk sektor pertahanan seperti membeli kapal selam tanpa menyelesaikan terlebih dahulu isu keselamatan dalam negeri.

Bengkel Duta Wanita Hijau selama satu hari ini telah berlangsung dengan lancar dengan penyertaan 50 orang peserta dari pelbagai organisasi akar umbi. Duta-duta wanita hijau akan dipilih daripada kalangan peserta bengkel tersebut untuk menjadi pemimpin tempatan yang akan memacu aktiviti Cleaner Greener Penang di kawasan masing-masing.

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pingback: NEWS: 准女环保大使上性别平等课程 « www.STEVENSIM.org - May 20, 2012

%d bloggers like this: