Bahasa Malaysia, Community, Featured, General, Govt

PRESS: Pemaju mesti menjadi warga korporat (corporate citizen) yang bertanggungjawab

*Chinese version here

170512 | Bukit Mertajam

Kenyataan media

1. Objektif pembangunan ialah kemajuan ekonomi tetapi kita jangan lupa kesejahteraan sosial.

2. Pemaju mesti menjadi corporate citizens yang bertanggungjawab. MPSP mengalakkan pembangunan tetapi, pembangunan mestilah lestari (sustainable) dan membawa manfaat kepada komuniti bukan sahaja keuntungan perniagaan.

3. Kes 4 arahan berhenti kerja (stop work orders) di Alma baru-baru ini patut menjadi contoh kepada pemaju lain supaya memantau tapak-tapak pembinaan mereka bagi memastikan semua peraturan dan undang-undang dipatuhi.

4. Saya telah membangkitkan dalam mesyuarat One-Stop Centre (OSC) meminta MPSP memberikan kertas cadangan mekanisme pemantauan yang lebih rapi. Antara cadangan termasuk:

a) Setiap permohonan baru pelan kebenaran merancang akan mempertimbangkan rekod-rekod kerja oleh pemaju. Rekod pemaju yang melanggar undang-undang ataupun menimbulkan kacau-ganggu kepada komuniti dalam projek yang lepas akan memberi kesan kepada permohonan baru pemaju tersebut.

b) Mengkaji semula peraturan kecil (by-laws) MPSP supaya pertimbangan permohonan oleh pemaju akan dikenalpasti melalui pemilik bukannya hanya melalui entiti korporat. Ini bagi mengatasi kes di mana pemilik mendaftar beberapa buah syarikat bagi mengelakkan rekod buruk semasa menjalankan projek. Prinsip undang-undang begini tidak asing. Dalam undang-undang korporat, telah wujud peruntukan di mana pemilik dan pemegang saham dikenalpasti bukan sahaja entiti perniagaan. Prinsip “piercing the corporate veil” ini adalah bagi memastikan peniaga dan usahawan akan menjadi coporate citizens yang berhemah dan bertanggungjawab .

c) Bagi memastikan projek mengikut pelan yang diluluskan, MPSP perlu proaktif mengambil tindakan berasaskan s70 Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2007, sub-klausa 27 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM250,000.00 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Steven Sim
Ahli Majlis MPSP

About stevensim

www.about.me/stevensim
%d bloggers like this: