Bahasa Malaysia, Featured, General, Govt, Politics

PRESS: Zahrain fitnah DAP, peralat isu Israel untuk bela rejim UMNO

16 Februari 2012 | Bukit Mertajam

Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Pulau Pinang mengecam kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru Dato’ Zahrain Mohd Hashim terhadap DAP dan Setiausaha Agung DAP Saudara Lim Guan Eng berhubung isu Israel yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada 16 Februari 2012 (Zahrain taunts LGE’s total silence on Israel).

Kenyataan Zahrain tersebut bukan sahaja tidak benar malah bersifat hasutan. Pendirian DAP adalah konsisten selama ini, iaitu, mendukung perjuangan untuk keadilan, kebebasan dan solidariti terutamanya untuk golongan yang tertindas, tanpa mengira kaum dan agama. Ini terbukti daripada sejarah perjuangan DAP. Contoh terbaik  apabila Setiausaha Agung DAP Saudara Lim Guan Eng sanggup menghadapi tindakan undang-undang sehingga dipenjarakan demi memperjuangkan keadilan dan maruah seorang nenek dan cucu perempuannya yang berbangsa Melayu.

DAP juga konsisten menyokong perjuangan hak kenegaraan rakyat Palestin serta mengecam keganasan rejim Israel terhadap rakyat Palestin. Pemimpin-pemimpin DAP selama ini berada di baris hadapan di Malaysia untuk mengutuk segala kekejaman dan kezaliman terhadap rakyat Palestin. Antaranya,

  • pada April 2002, Setiausaha Antarabangsa DAP ketika itu, Saudari Teresa Kok telah mengecam keras Operasi “Defensive Shield” oleh rejim Israel di bawah pimpinan Ariel Sharon yang dikatakan operasi militer terbesar ke atas West Bank sejak Perang 6-Hari 1967.
  • pada Mei 2010, pemimpin Jawatankuasa Eksekutif Pusat, Saudara Lim Kit Siang merupakan antara pemimpin Malaysia yang terawal menggesa persidangan semua parti untuk menyatakan kemarahan rakyat Malaysia terhadap serangan tentara Israel ke atas Freedom Flotilla yang sedang dalam perjalanan membawa bantuan ke Gaza.
  • pada October 2011, Ahli Parlimen Bakri, Saudara Er Teck Hwa dari DAP telah dihalau keluar dari Dewan Rakyat kerana beliau mendesak Menteri UMNO menjawab tuduhan tentang wujudnya perdagangan dengan Israel. Soalan beliau tidak berjawab.

DAPSY Pulau Pinang melihat kenyataan Dato’ Zahrain sebagai kenyataan seorang ahli politik yang terdesak dan sanggup menabur fitnah demi survival politiknya. Jelas di sini taktik beliau adalah senada dengan rejim UMNO yang menakutkan masyarakat Melayu-Islam terhadap DAP dengan tuduhan tidak berasas dan mahukan rakyat percaya bahawa hanya UMNO sahaja yang mampu membela Islam-Palestin. DAPSY Pulau Pinang menggesa Dato’ Zahrain untuk meminta maaf secara terbuka kepada DAP dan Setiausaha Agung Saudara Lim Guan Eng atas tomahan beliau yang jelas tidak benar.

Jika beliau ikhlas memperjuangkan agenda rakyat, maka DAPSY Pulau Pinang menasihatkan Dato’ Zahrain untuk bekerja keras demi kebajikan rakyat Bayan Baru dan Pulau Pinang, bukan membuang masa menjadi hero membela rejim UMNO. DAPSY Pulau Pinang juga ingin memberi peringatan kepada Dato’ Zahrain bahawa rejim UMNO jugalah yang telah membayar berpuluh juta wang rakyat Malaysia kepada syarikat perhubungan awam APCO yang mempunyai hubung-kait dengan pemimpin dan bekas pemimpin Israel.

Steven Sim
Bendahari DAPSY Pulau Pinang
Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

Comments are closed.

%d bloggers like this: