Bahasa Malaysia, Featured, General, Govt, Mind, Politics

PRESS: Penguatkuasaan AUKU bertentangan dengan tahaluf siyasi PR dan aspirasi rakyat

20120130-095521.jpg

300112 | Bukit Mertajam

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang berasa kesal atas keengganan Kerajaan Negeri Kedah untuk menarik semula penggantungan lima (5) orang pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Pakatan Rakyat berpegang pada dasar bersama yang termaktub dalam Buku Jingga. Dasar bersama ini hasil musyawarah parti-parti rakan dan aspirasi rakyat Malaysia yang lebih 50 tahun hidup di bawah penyalahgunaan kuasa parti pemerintah UMNO-Barisan Nasional. Ini termasuk menghapuskan undang-undang zalim seperti ISA dan AUKU.

Dasar bersama ini bukanlah omong-omong kosong, tetapi merupakan prinsip parti-parti rakan termasuk PAS. Penentangan terhadap undang-undang tidak adil adalah konsisten dengan perjuangan ketiga-tiga parti rakan dalam Pakatan Rakyat selama ini.

DAPSY Pulau Pinang percaya isu lima orang pelajar KUIN ini dapat diselesaikan dengan membawa semua pihak bermusyawarah. DAPSY Pulau Pinang melihat ini merupakan kesempatan terbaik kerajaan Pakatan Rakyat untuk membuktikan terdapat mekanisme yang jauh lebih baik dan berkesan dalam mendamaikan kemelut antara mahasiswa dan pentadbiran universiti.

Justeru, DAPSY Pulau Pinang berdasarkan semangat setiakawan dan merujuk kepada tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat menggesa Kerajaan Negeri Kedah segera memansuhkan tindakan penggantungan ke atas pelajar-pelajar KUIN tersebut.

Steven Sim
Bendahari DAPSY Pulau Pinang
Merangkap Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pingback: PRESS: 大专法令对付学生有违民联与人民的理念 « www.STEVENSIM.org - January 30, 2012

%d bloggers like this: